Motif
Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu
- Unsur alam
- Tumbuhan
- Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan. Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik.
- Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan di kepala kain. Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).